Rabu, 18 April 2018

RAHASIA BESAR MENGUJI KEASLIAN MADU.

Saya pasti semua orang dah tau madu lebah ni baik untuk kesihatan. Dalam al-Quran pun ada disebutkan pasal madu dengan khasiatnya. Antaranya dalam surah An-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:

'Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang diciptakan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan turutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dengan itu akan keluarlah dari perutnya (lebah itu) minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kemurahan Allah) bagi orang yang berfikir.'


GAMBAR HIASAN...
PENDEBUNGAAN

Allah SWT juga berfirman dalam surah tersebut iaitu Rasulullah SAW ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an seperti mana Sabda baginda:

"Ambillah (pergunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an."

Selain itu, Rasulullah SAW turut bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Dan hari ini saudaraku,Allah swt telah membuktikan bahawa firmannya pasti benar..Madu juga telah dibuktikan berkhasiat dari segi saintifik. Selain kandungan glukosa, sukrosa, dan fruktosa, madu juga mengandungi sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potassium, sodium, klorin, sulfur, iodin, zat besi, dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, dan juga vitamin C. Komposisi dan warna madu berbeza bergantung kepada nektar yang diambil oleh lebah serta cuaca atau musim ia dihasilkan. 

Kaedah Menguji Keaslian Madu
Nak tau macam mana nak kenal pasti madu asli atau pun tak? Caranya mudah saja, berikut beberapa tips menguji madu asli yang boleh dilakukan sendiri di rumah:
  • Letak di dalam peti sejuk beku (freezer), madu asli tak akan beku.
  • Titiskan madu pada kertas, madu asli tak mudah menyerap.
  • Madu asli yang disimpan dalam botol akan mengeluarkan bunyi 'pop' apabila tudung botol dibuka (cuma untuk tempoh awal penyimpanan di mana penutup tersebut tidak dibuka pada masa yang agak lama). Kalau dah lama atau dah pernah bukak penutup tersebut, bunyi tadi tidak terhasil.
  • Titiskan madu pada permukaan rata, (titis ye, bukan tuang) madu asli akan terbentuk seperti hemisfera, tapi madu campuran akan mudah meleleh.
  • Tuangkan air yang telah berisi madu dalam gelas, goncangkan atau pusing lawan arah jam, akan terbentuk seperti heksagon atau rupa seperti sarang lebah pada madu asli.
  • Tuangkan madu ke dalam cawan yang berisi air, madu tersebut akan membentuk lingkaran seperti sarang lebah juga.

  • Madu asli jika dituang, ia seperti tali, tidak putus alirannya.
  • Cuba tuangkan air suam ke dalam cawan yang berisi madu. Kalau air suam tadi cepat keruh, ternyata madu itu tidak asli. Madu asli tidak akan mengeruhkan air selagi tidak dikacau.
    • Madu asli tidak akan rasa manis menyengat, tapi akan rasa sedikit masam kerana kadar keasidan yang terdapat dalam madu tersebut. Namun begitu tahap keasidan berbeza iaitu dalam julat pH3.4 hingga pH6.1. Madu tulen biasanya mempunyai pH3.5-4.5. Perbezaan ini berlaku atas perubahan cuaca atau musim, misalnya musim hujan, tahap keasidan madu semakin tinggi.
    • Cuba panaskan ½ sudu besar madu di atas lilin, kalau madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan, berbaza dengan madu campuran, buih yang dihasilkan kecil-kecil seperti air mendidih.
    • Jika dibiarkan madu di dalam botol terlalu lama, ia akan membentuk gelang pollen atau propolis di bahagian atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan